~Apa kata-kata mutiara IMAM SYAFIE tentang kehidupan?~

25 Oct

assalamualaikum sahabat semua…teringin nak share satu lagi ilmu yang diperolehi dari buku GEN-Q (Generasi Al-Quran Kreatif) berkaitan dengan:

KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFIE TENTANG KEHIDUPAN 

  • Belajarlah ilmu feqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.(Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab terhadap seluruh ahlinya, perlulah padanya memiliki ilmu feqah ini kerana sesungguhnya ilmu ini mengajar tentang hukum syara’ berkaitan tingkah laku manusia & seorang ketua yang memiliki ilmu ini dapat menyumbang ilmu & memutuskan sesuatu hukum di dalam sesuatu masalah)
  • Menuntut ilmu lebih baik daripada menunaikan solat sunat. (Setiap muslim wajib menuntut ilmu. Rasulullah saw bersabda: “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan”. Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Qur`an surat Al-Mujaadilah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.
  • Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya, diterima alasan, ditutup kekurangan dan diampunkan kehinaan.
  • Sesiapa hendakkan dunia, maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang hendakkan akhirat juga perlu menuntut ilmu. (Jelas di sini, segala kebahagiaan yang ingin dicapai sama ada di dunia atau di akhirat, tiada yang lebih utama melainkan dengan adanya ilmu yang luas)
  • Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
  • Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah dia mendalami ilmunya kerana tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.(Seseorang itu yang memiliki ilmu perlulah memahaminya dengan mendalam seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian & ajarkanlah ilmu itu pada segenap insan agar ilmu tersebut tidak hilang.)
  • Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  • Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
  • Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di akhirat.
  • Orang yang sentiasa menjaga maruah sentiasa di dalam perjuangan.
~moga kita semua mendapat sesuatu daripada kata-kata mutiara
IMAM SYAFIE ini..insya Allah….~

One Response to “~Apa kata-kata mutiara IMAM SYAFIE tentang kehidupan?~”

  1. Family vacation spots November 1, 2011 at 4:09 am #

    That’s really interesting. Thanks for posting all the great information! Had never thought of it all that way before.
    My blog is Family vacation spots.

Leave a Reply